KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Di samping itu, peta kaedah GUK juga dapat membantu responden
meningkatkan perbendaharaan kata baru. Secara tidak langsung, responden
digalakkan untuk berfikir mengenai kata terbitan serta maksud bagi kata akar yang
ditambah imbuhan tersebut. Pengkaji juga turut merasa sangat bersemangat untuk
menjalankan sesi intervensi bersama responden kerana sikap responden yang
mudah mengikut arahan pengkaji ketika melaksanakan proses intervensi ini.
Semangat ini datangnya daripada kepuasaan melihat prestasi pembelajaran
responden yang semakin meningkat. Malah responden turut memberikan kerjasama
kepada pengkaji ketika mengajar melalui kesediaannya untuk menjalani intervensi.
Hal in dibuktikan apabila pengkaji masuk ke kelas, responden kelihatan sudah
bersedia untuk belajar tanpa sebarang rungutan. Malah responden sudah tahu
bahawa setiap kali pengkaji masuk ke kelas, mereka tahu akan belajar
menggunakan peta kaedah GUK untuk membina kata terbitan.
Kelemahan
Kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji ialah murid tidak memahami konsep
pengimbuhan sesuatu kata terbitan. Maka, sukar untuk murid mengimbuhkan kata
dasar tanpa pengetahuan konsep sebenar. Murid juga tidak menghafal imbuhan
yang terdapat dalam imbuhan peN- iaitu pe-, pem- pen- dan peng-. Antara
kelemahan yang ketara juga ialah murid terlalu bergantung dengan guru. Murid akan
bertanya kepada guru tentang jawapan yang telah ditulis sama ada betul atau salah.
Ada juga segelintir murid yang hanya menunggu jawapan daripada guru. Namun,
setelah diperkenalkan dengan peta kaedah GUK, kelemahan-kelemahan ini dapat
diatasi secara berperingkat.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan aspek kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji, penekanan
terhadap pengguguran, penambahan atau pengekalan pada kata terbitan setelah
ditambah imbuhan peN- perlu dititik beratkan bagi memastikan penguasaan yang
sepenuhnya terhadap kemahiran menulis dan menggunakan imbuhan pada terbitan
kata nama. Permainan berunsurkan kad perkataan boleh dilaksanakan untuk
meningkatkan aspek kosa kata murid. Cadangan permainan yang boleh
dilaksanakan ialah permainan mengkategorikan kad perkataan yang mempunyai kad
ejaan imbuhan yang betul. Dalam melaksanakan permainan ini, murid perlu
mengkategorikan kad ejaan imbuhan yang betul dan kad ejaan yang salah
masukkan ke dalam kotak yang disediakan. Jumlah bagi kad yang betul
dikategorikan akan dikira sebagai markah dan penentu pemenang.

Free download pdf