KAEDAH / METODOLOGI KAJIAN
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan Model Penyeldidikan
Tindakan Kurt Lewin (1946). Hal ini kerana langkah penyelesaian yang
dikemukakan dalam model ini bersesuaian dengan masalah yang difokuskan
dalam kajian ini. Menurut Rosinah Edinin (2015), Kurt Lewin merupakan pengasas
kepada penyeledikan tindakan dan menerangkan bahawa kajian tindakan
melibatkan satu lingkaran kitaran yang terdiri daripada 4 peringkat seperti yang
terdapat pada Jadual 1.
Jadual 1: Prosedur Penyelidikan Tindakan
Peringkat
Model
Kurt Lewin
(1946)
Prosedur Penyelidikan Tindakan
Perancan
gan
Perancangan yang sistematik dilaksanakan
berdasarkan pengamalan refleksi. Perancangan ini
diharapkan dapat memberikan impak positif dan
dapat mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Tindakan (^) Bahan bantu ³3HUL 3HPHUL ́ akan diperkenal kepada
peserta kajian. Sesi intervensi akan dilaksanakan
kepada setiap peserta kajian. Kemudian, setiap
intervensi diikuti objektif pencapaian bagi menilai
tahap penguasaan peserta kajian dalam mengatasi
masalah yang dihadapi.
Pemerhat
ian
Berdasarkan instrumen yang dipilih, iaitu ujian bertulis,
pemerhatian dan soal selidik, pencapaian serta tahap
penguasaan murid dapat dinilai. Hal ini, penilaian akan
membantu pengkaji bagi
mengambil langkah seterusnya.
Refleksi Refleksi keseluruhan dilaksanakan erangkumi
pencapaian setiap perancangan yang dijalankan.
Keputusan akhir yang diperoleh akan menentukan
intervensi yang dilaksanakan berhasil atau
melangkah ke lingkaran kedua.