IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

Perancangan pengajaran dan pembelajaran


PERINGKAT 1: HASIL DIHARAPKAN (Identify Desired Results)

Hasil Pembelajaran

Standard Kandungan
3.2 Pencemaran alam sekitar

Standard Pembelajaran:
3.2.1 Menerangkan jenis dan punca epncemaran alam sekitar

Pemahaman
Murid akan memahami bahawa...


  1. Peningkatan kuantiti gas rumah hijau
    dalam atmosfera memerangkap terlalu
    banyak haba dan menyebabkan suhu
    Bumi meningkat.

  2. Aktiviti manusia menghasilkan karbon
    dioksida dan gas metana yang
    meningkatkan kesan rumah hijau dan
    mengakibatkan pemanasan global dan
    perubahan iklim.


Essential Question


  1. Dari manakah datangnya gas-gas rumah
    hijau dan bagaimanakah gas-gas ini
    mempengaruhi atmosfera?

  2. Apakah yang diwakili oleh
    a. Balang plastik
    b. Pembungkus plastik
    c. Air panas
    d. Air berais

  3. Adakah terdapat perbezaan dalam kadar
    kenaikan suhu antara dua balang dalam
    penyiasatan anda?

  4. Adakah terdapat perbezaan dalam kadar
    penurunan suhu antara dua balang dalam
    penyiasatan anda?

  5. Model yang manakah yang paling sesuai
    untuk mewakili kesan rumah hijau?
    Pemanasan global?


Pengetahuan
Murid akan mengetahui bahawa ...


  1. Kehadiran karbon dioksida akan
    menyebabkan penurunan suhu menjadi
    perlahan.

  2. Kehadiran wap air dan karbon dioksida
    menambahkan kuantiti gas rumah hijau
    seterusnya mempengaruhi kadar
    penurunan suhu.

  3. Pertambahan gas karbon dioksida dalam
    atmosfera akan memperlahankan
    penurunan suhu Bumi.


Kemahiran
Murid akan dapat...


  1. Membandingkan kadar kenaikan suhu dan
    penurunan suhu pada model dengan
    kehadiran atau tanpa kehadiran gas rumah
    hijau.

  2. Menjelaskan sebab kepada perubahan
    kadar kenaikan suhu dan kadar penurunan
    suhu pada model sama ada dengan
    kehadiran lebih dari satu gas rumah hijau
    dan hanya satu gas rumah hijau sahaja.

Free download pdf