Perancangan pengajaran dan pembelajaran
PERINGKAT 1: HASIL DIHARAPKAN (Identify Desired Results)
Hasil Pembelajaran
Sains (Tingkatan 2)
Standard Kandungan:
9.2 Pengaliran haba dan keseimbangan haba
9.4 Hubungkait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba
Standard Pembelajaran:
9.2.3 Berkomunikasi mengenai konduktor haba dan penebat haba serta kegunaan konduktor dan
penebat haba dalam kehidupan harian
9.4.1 Menunjuk cara bagaimana objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik
daripada objek putih dan berkilat
9.4.3 Mengkonsepsikan dan mereka bentuk menggunakan konsep haba dalam kehidupan harian
Reka Bentuk dan Teknologi (Tingkatan 3)
Standard Kandungan:
2.1 Penghasilan produk
Standard Pembelajaran:
2.1.4 Menghasilkan lakaran produk yang hendak dibuat
2.1.7 Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian
Big Idea / Enduring Understanding
- Jumlah kuantiti tenaga jirim dalam sistem
tertutup sentiasa kekal sama. - Tenaga boleh wujud dalam keadaan yang
berbeza (Sebagai contoh: Tenaga kinetik,
tenaga keupayaan, tenaga haba, tenaga
cahaya, tenaga bunyi, tenaga kimia, tenaga
elektrik, tenaga nuklear dan tenaga
mekanikal) - Tenaga tidak boleh dicipta atau
dimusnahkan tetapi tenaga boleh berubah
dari suatu bentuk ke bentuk yang lain.
Essential Question
- Bagaimanakah pengaliran tenaga haba
boleh dimanipulasikan untuk diaplikasikan
sebagai kegunaan dalam kehidupan
seharian? - Sekiranya kopi yang sama isipadunya
dituangkan ke dalam tiga bekas yang
berlainan iaitu termos, cawan “stainless
steel” dan teko seramik dan dibiarkan
selama 30 minit, susunkan ketiga-tiga bekas
tersebut dari suhu kopi yang paling tinggi
kepada yang paling rendah. - Bagaimanakah penduduk yang tinggal di
kawasan beriklim sejuk menyimpan air
panas? - Mengapakah anda memilih bahan penebat
anda? Sekiranya anda memasukkan air
panas ke dalam cawan atau termos anda.
Air tersebut akan menyejuk. Ke manakah
haba itu mengalir?