IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

  1. Perbincangan dan proses mereka bentuk
    model termos dan rumah haiwan dilakukan
    dalam kumpulan.

  2. Pembentangan hasil reka bentuk
    perbincangan. Perbincangan ke atas
    penambahbaikan dan jusifikasi dilakukan.

  3. Perbincangan untuk mengaplikasikan apa
    yang telah dipelajari dalam kehidupan
    harian dan konsep tenaga hijau.


Kriteria Pentaksiran
 Penilaian terhadap hasil kerja murid, hasil
lakaran dan model termos atau rumah
haiwan yang dibina dan hasil produk yang
berfungsi atau berfungsi sebahagian (Rujuk
Lampiran ML5-1)
 Penilaian terhadap pembentangan dan
perbincangan untuk mentaksir kemahiran
berkomunikasi dan kebolehan
mempersembahkan idea / penjelasan
tentang model menggunakan laras sains dan
idea saintifik. (Penilaian boleh disesuaikan
dengan Standard Prestasi dalam DSKP
Sains dan Reka Bentuk dan Teknologi serta
rubrik Claim, Evidence dan Reasoning yang
telah disertakan dalam Lampiran ML5-2
dan Lampiran ML5-3)


● Produk: Penilaian terhadap lakaran dan
Model yang dibina berasaskan idea saintifik
untuk menyelesaikan masalah.
● Refleksi murid tentang pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari

PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN (Plan Learning Experiences)

Aktiviti Pembelajaran Berdasarkan Model Instruksi 5E


Engage (Penglibatan) (Masa: 20 minit)



  1. Guru mendorong murid membuat refleksi terhadap hasil perkongsian secara flipped classroom
    yang telah dilaksanakan oleh murid tentang topik yang akan dipelajari iaitu kaedah pengaliran
    haba dan penyerapan dan pembebasan haba di dalam Collage, Photogrid dan dikongsi dalam
    aplikasi WhatApps.


(Semasa Flipped Classroom murid melihat dan mempelajari proses dan cara haba dikekalkan
oleh orang terdahulu bagi mengekalkan haba bagi air yang mereka simpan bagi membolehkan
mereka membina model Thermos mereka)

*Pautan internet: https://bit.ly/356Q1A0
https://bit.ly/35eMobp



  1. Murid membuat refleksi dengan menghubungkaitkan jenis permukaan objek dengan penyerapan
    dan pembebasan haba.

Free download pdf