IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
45

tujuan itu perlu anda nyatakan secara eksplisit dan fokuskan maklum balas anda pada kemahiran
yang dihasratkan.


Amalan sains yang diberi fokus


Mengemukakan soalan: Salah satu amalan sains ialah mengemukakan soalan dan memurnikan
soalan yang membawa kepada penghuraian dan penjelasan tentang kejadian sesuatu fenomena
semulajadi dan yang boleh diuji secara empirikal. Soalan kejuruteraan pula memperjelaskan
masalah bagi menentukan kriteria bagi penyelesaian yang berjaya dan mengenal pasti kekangan
yang dihadapi.


Kedua-dua saintis dan jurutera turut mengemukakan soalan untuk memperjelaskan idea.
Saintis bertanya



  • Apakah yang wujud dan apakah yang berlaku?

  • Mengapakah ia berlaku?

  • Bagaimanakah seseorang itu mengetahui?


Jurutera bertanya



  • Apakah yang boleh dilakukan untuk menangani sesuatu keperluan atau kehendak manusia?

  • Bagaimanakah keperluan ini boleh dijadikan lebih spesifik?

  • Apakah peralatan dan teknologi yang sedia ada, atau boleh dibangunkan untuk menangani
    keperluan ini?


Kedua-dua saintis dan jurutera bertanya



  • Bagaimanakah berkomunikasi tentang fenemona, bukti, penjelasan, dan penyelesaian reka
    bentuk?


Ringkasan aktiviti


Tujuan aktiviti Belon Ais dan Cartesian Diver adalah untuk melibatkan peserta dalam amalan
mengemukakan soalan. Penekanan itu BUKAN pada aktiviti tesebut, tetapi kepada perubahan
konseptual dan kefahaman tentang amalan sains tersebut.


Peserta diberi peluang untuk mengemukakan soalan dengan memerhati dan mengalami
fenomena tersebut. Mereka mengemukakan soalan dan menulis soalan tersebut dalam buku nota
sendiri. Mereka turut diminta untuk membezakan soalan yang boleh disiasat dengan soalan yang
tidak boleh disiasat, serta mengubah soalan yang tidak boleh disiasat menjadi soalan yang boleh
disiasat jika perlu.


Aktiviti-aktiviti ini merupakan contoh peristiwa bercanggah. Sesuatu peristiwa bercanggah
sering melibatkan satu fenomena yang berlawanan dengan intuitif (counter-intuitive) dan
menjana percanggahan kognitif (cognitive dissonance). Terdapat pelbagai cara untuk membantu
peserta mengemukakan soalan sendiri berdasarkan fenomena yang diperhatikan. Peranan
seseorang fasilitator adalah menyediakan peluang kepada peserta untuk mengemukakan soalan.

Free download pdf