IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
59

NOTA: Pada ketika ini maklumkan kepada peserta bahawa jumlah keseluruhan air di bumi telah
dikurangkan kepada 1000 ml seperti tercatat pada bikar #1 “Lautan”.



  1. Masukkan jumlah air DARI bikar #1 KEPADA radas seterusnya seperti berikut:
    i. Bikar100 ml #2 "glasier & liputan ais (ice-cap)" : 21.4 ml
    ii. Tabung didih #3 "air bawah tanah" : 6.1 ml
    iii. Tabung uji #4 "tasik air tawar" : 0.09 ml (2 titis)
    iv. Tabung uji #5 "laut pedalaman (inland seas)" : 0.08 ml (2 titis)
    v. Tabung uji #6 "kelembapan tanah" : 0.05 ml (1 titis)
    vi. Tabung uji #7 "atmosfera" : 0.01 ml (0.2 titis)
    vii. Tabung uji #8 "sungai" : 0.001 ml (0.1 titis)

  2. Bincangkan perihal aktiviti ini.


Panduan untuk fasilitator


Fasa Model Instruksi 5E Soalan-soalan
Engage (Penglibatan): Aktiviti 1a


  1. Pengenalan: Apakah itu model saintifik?

  2. Pamerkan slaid gambar berkaitan proses
    perubahan jirim (penyejatan, kondensasi,
    kerpasan)

  3. Pamerkan slaid pada peserta set gambar-
    gambar lokasi air yang berlainan


 Nyatakan contoh-contoh pengunaan
perkataan model dalam kehidupan
harian?
 Berikan contoh model digunakan dalam
kelas.
 Terangkan kefahaman anda bagi proses
yang terlibat dalam gambar?

 Apakah inferens yang bole dibuat dari
gambar-gambar? (Jaw: Proses Kitaran
Air)
Explore (Penerokaan)


  1. Peserta diberi kertas mahjong dan diminta
    berbincang dan melakar proses kitaran air.

  2. Peserta diberi bahan-bahan dan diminta untuk
    melaksanakan aktiviti mengikut prosedur
    yang diberikan.


 Apakah yang berlaku dalam proses
kitaran air?
 Kenapa proses tersebut disebut sebagai
“kitaran”?

Explain (Penerangan)


  1. Wakil kumpulan diminta untuk menjelaskan
    proses Kitaran Air.

  2. Pamerkan slaid Kitaran air dan meminta
    peserta membandingkan jawapan mereka
    yang dilakar di kertas mahjong. Mereka boleh
    memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan
    dalam lakaran kumpulan masing-masing.


 Jelaskan proses kitaran air.
 Apakah yang berlaku apabila ketulan
ais diletakkan di atas plastik
pembungkus dan kenapa?
 Jika haba naik ke atas, kenapa suhu
adalah semakin sejuk apabila semakin
tinggi?
Free download pdf