67
Kepingan aluminium
Getah
Pita ukur
Masa: 4 jam
Prosedur
Aktiviti 1: Mengukur masa
Penerokaan (Explore)
Mari kita jalankan eksperimen menggunakan bandul.
Apakah faktor yang mempengaruhi tempoh ayunan bandul?
Cuba bina soalan-soalan yang bermula dengan “Saya ingin tahu....” (I wonder..) yang
berkait dengan aktiviti kita.
Penerangan (Explain)
Berdasarkan satu soalan “Saya ingin tahu....”, rancang dan jalankan satu eksperimen
untuk menjawab soalan tersebut.
Perancangan harus termasuk, tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
i. Pernyataan masalah
ii. Hipotesis
iii. Pemboleh ubah dimanipulasi, pemboleh ubah bergerak balas, pemboleh ubah
dimalarkan
iv. Prosedur
v. Persembahan data
Jalankan eksperimen seperti yang dirancang dan bentangkan kesimpulan anda. Sertakan
bukti untuk menyokong penerangan atau kesimpulan yang dibuat.
Sediakan laporan anda dalam bentuk Microsoft Word. Sebarang lukisan boleh dibuat
pada kertas mahjong.
Pengembangan (Elaborate)
Bincangkan strategi atau bahan bantu mengajar yang boleh anda gunakan untuk
membimbing murid secara eksplisit untuk merancang dan menjalankan
penyiasatan/eksperimen.
Fasilitator dan peserta membincangkan:
i. Kerangka inkuiri sains oleh La Main à la pâte (Lampiran S6-1)
ii. Strategi P-E-O-E (Predict, Explain, Observe, Explain)
iii. Contoh bahan bantu mengajar: A framework for carrying out a science
investigation (Lampiran S6-2)