PERNYATAAN PROFESIONAL
Praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud telah memberi saya
pengalaman berharga dan mendalam dalam dunia pendidikan, mengukuhkan
keyakinan dan komitmen saya sebagai seorang guru untuk mengasah kemahiran
pengajaran dan kepimpinan dalam membentuk generasi muda. Pengalaman
praktikal ini bukan sahaja membantu saya memahami realiti tugas seorang guru
tetapi juga mendedahkan saya kepada pelbagai aspek pengajaran, pengurusan,
dan tanggungjawab dalam memenuhi keperluan murid.
Pengalaman mengajar subjek Matematik dan Pendidikan Moral mengajar
saya pentingnya pendekatan kreatif dan interaktif untuk mengekalkan minat
murid, terutamanya melalui aktiviti hands-on. Menghadapi cabaran dalam
kawalan kelas serta memastikan setiap murid memberi perhatian menjadi titik
perubahan dalam meningkatkan kemahiran saya untuk mengurus bilik darjah
dengan lebih efektif.
Selain mengajar, saya turut diberi tanggungjawab lain seperti menjadi guru
penasihat rumah sukan WIRA dan guru SPBT, yang mengasah kemahiran saya
dalam pengurusan murid dan sumber. Saya juga dilantik sebagai Setiausaha
Program Karnival STEM, AJK Kejohanan Olahraga Tahunan, dan AJK Hari Sukan
Negara. Tugas-tugas ini memberi saya pengalaman berharga dalam merancang,
mengurus, dan melaksanakan pelbagai program, sekali gus memperkukuh
kepimpinan dan keyakinan diri dalam memastikan setiap aktiviti berjalan lancar.
Kesemua pengalaman ini telah mematangkan perspektif saya sebagai
seorang pendidik, meningkatkan keyakinan, dan mengukuhkan azam untuk
berkhidmat dengan dedikasi. Saya telah bertekad untuk menjadi guru yang
berwawasan, berkemahiran, dan empati dalam membantu murid mencapai
potensi mereka sepenuhnya. Komitmen saya adalah untuk terus meningkatkan
profesionalisme diri demi kesejahteraan murid dan menjadi inspirasi kepada
generasi muda. Praktikum ini akan saya sematkan sebagai langkah awal yang
bermakna dalam perjalanan saya sebagai seorang guru berjiwa pendidik.
31