KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

individu dan menghuraikannya dengan bantuan skala nombor atau sistem yang
berkategori. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji memberikan Ujian Pra berupa set
soalan yang mengandungi 6 soalan yang dilengkapi dengan panduan ayat tunggal dan
kata hubung. Peserta kajian perlu menulis dan membina ayat majmuk gabungan
berdasarkan dua ayat tunggal dan kata hubung yang diberikan dengan susunan ayat
yang betul dan tepat. Akhir sekali, pengkaji akan merekod data-data awal yang
diperolehi daripada ujian ini dari sudut kesalahan struktur ayat majmuk sebelum data
dianalisis.


Ujian Pos pula akan dilakukan selepas pelaksanaan intervensi. Ujian Pos ini
dilakukan untuk melihat tahap peningkatan peserta kajian dalam membina ayat
majmuk gabungan. Soalan yang diberikan adalah setara ataupun sama dengan soalan
Ujian Pra untuk menilai tahap ingatan peserta kajian bagi teknik yang diperkenalkan.
Seterusnya, pengkaji melakukan analisis terhadap data ujian ini untuk melihat
perubahan markah sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Markah yang diperoleh
oleh peserta kajian akan menunjukkan perbezaan yang menentukan bahawa peserta
kajian sudah berupaya untuk membina ayat majmuk dengan susunan yang betul atau
sebaliknya. Pengkaji membuat perbandingan terhadap markah peserta kajian untuk
menentukan keberkesanan teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L) ini dalam membantu
meningkatkan kemahiran membina ayat gabungan.


Data yang diperoleh daripada Ujian Pra dan Ujian Pos akan dianalisis
berdasarkan kepada skema pemarkahan analitik. Menurut Rosinah Edinin
(2011), skema pemarkahan analitik dilakukan bertujuan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui peratusan (%). Jadual dibawah menunjukkan pecahan
skor pemarkahan analitik yang digunakan untuk murid peringkat sekolah
rendah bagi KSSR. Markah yang digunapakai di dalam kedua-dua ujian yang
dijalankan adalah seperti yang terdapat dalam jadual 2.
Free download pdf