menunjukkan bahawa teknik TeGaPoGa dapat membantu peserta kajian dalam
membina ayat majmuk gabungan dengan betul.
Seterusnya, hasil kerja Peserta Kajian D telah membuktikan bahawa peserta
kajian ini mengaplikasikan teknik TeGaPoGA dengan baik semasa menjawab ujian
pasca. Pada ujian pra, peserta kajian ini menulis perkataan secara berulang kali dalam
ayat majmuk yang dihasilkan semasa ujian pra. Namun setelah mengaplikasikan
teknik SuGuBi pada ujian pencapaian, Peserta Kajian tidak lagi melakukan
pengulangan frasa yang sama dalam membina ayat majmuk gabungan dengan
PHQJJXQDNDQNDWDKXEXQJμVDPELO¶%HJLWXMXJDGHQJDQ3HVHUWD.DMLDQ(\DQJPDQD
peserta kajian ini menulis perkataan secara berulang pada ujian pra. Namun, pada
ujian pencapaian peserta kajian ini mengaplikasikan teknik TeGaPoGa dalam
membina ayat majmuk gabungan. Peserta kajian ini tidak lagi menulis perkataan yang
berulang pada ujian penilaian.
REFLEKSI
Berdasarkan kajian ini, pengaplikasian teknik TeGaPoGa dalam membantu
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan dengan menggunakan
NDWDKXEXQJμGDQ¶GDQμVDPELO¶GDODPNDODQJDQPXULG7DKXQ7LJDMHODVPHQXQMXNNDQ
hasil yang positif dan dapat dilihat melalui peningkatan yang sangat ketara.
Pelaksanaan teknik TeGaPoGa ini adalah berdasarkan pelaksanaan latihan secara
berperingkat dan telah banyak membantu meningkatkan kemahiran peserta kajian
dalam membina ayat majmuk bagi subjek Bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan
melalui ujian-ujian penilaian yang dilakukan seperti ujian pra dan ujian pasca,
pemerhatian dan analisis dokumen seperti lembaran-lembaran kerja peserta kajian
semasa intervensi dilaksanakan. Melalui penyelidikan tindakan ini juga, pengkaji telah
dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti dengan lebih sistematik.
Hasil analisis yang dijalankan, penggunaan teknik TeGaPoGa terbukti dapat
membantu murid membina ayat majmuk dengan lebih mudah dan betul. Hal ini
menunjukkan teknik TeGaPoGa yang digunakan dalam mebina ayat majmuk ini
memberi kesan yang baik terhadap perkembangan kemahiran bahasa murid-murid.
Selain itu, prestasi peserta kajian dalam kemahiran membina ayat majmuk gabungan
telah meningkat setelah intervensi dijalankan. Walaupun pada ujian pra dapat dilihat