KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif Kajian


x Meningkatkan penguasaan penggunaan kata sendi nama /di/ dan imbuhan awalan


/di/ dengan betul bagi murid Tahun 4 menggunakan KoDi.

Soalan Kajian


x Apakah tahap penguasaan murid Tahun 4 terhadap penggunaan /di/ sebagai kata


sendi nama dan imbuhan awalan melalui KoDi?

PESERTA KAJIAN


Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah
sekolah daerah Tuaran. Pengkaji mendapati semua murid terdiri daripada pelbagai
pencapaian dan tahap penguasaan termasuklah lemah, sederhana dan cemerlang
berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan. Perbezaan pencapaian ini boleh berlaku
disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya. Melalui dapatan kajian Mohd
Nor Hamin (2002), beberapa faktor kelemahan dalam pencapaian pelajar adalah
berpunca daripada minat murid, ciri kreatif, peranan pihak pengurusan sekolah dan
peranan ibu bapa. Dalam pada itu, pengkaji mendapati seramai 5 orang murid
mempunyai masalah dalam menggunakan /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan
awalan. 5 orang murid ini dijadikan sebagai peserta kajian untuk membantu
menyelesaikan masalah yang berlaku dalam bahasa Melayu. Pengkaji mulai
mengesan berlakunya masalah kekeliruan penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama
dan imbuhan awalan melalui analisis dokumen iaitu semakan yang dibuat dalam buku
latihan murid.


TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Pengkaji menjalankan intervensi untuk membantu mengatasi kekeliruan dalam
menulis /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan awalan. Langkah awal yang
dilaksanakan kepada peserta kajian ialah memperkenalkan intervensi KoDi. Pengkaji
PHQHUDQJNDQNRQVHS.R'L\DQJPHUXMXNNHSDGDDNURQLP.RXQWXNμ.RWDN¶GDQ'L
untuk kata sendi nama /di/ dan imbuhan awalan di-. Kotak tersebut akan menentukan
sama ada perkataan yang ditulis dalam kotak itu perlu ditulis secara dekat atau jarak.
Pengkaji menggunakan akronim cantuman suku kata perkataan supaya mudah

Free download pdf