KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Jadual 1:


Perbandingan Markah Ujian dan Peratus Peningkatan


Peserta Kajian Ujian Pra
(%)

Ujian Pasca (%) Peratus Peningkatan (%)

M1 20 80 60
M2 20 90 70
M3 20 80 60
M4 40 100 60
M5 30 80 50

Melalui jadual 1, pengkaji dapat melihat secara terperinci markah ujian pra dan
pasca peserta kajian. Semasa ujian pra, rata-rata peserta kajian hanya memperoleh
40% markah yang terdiri daripada 10 soalan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid
mengalami masalah untuk menentukan sama ada penggunaan /di/ sebagai kata sendi
nama dan imbuhan awalan dalam ayat yang diberikan tepat atau tidak. Namun begitu,
selepas pelaksanaan intervensi KoDi, kelima-lima peserta kajian menunjukkan
peningkatan yang positif dalam ujian pasca. Peningkatan yang paling minimum dapat
dilihat menerusi ujian pra dan pasca M5 iaitu sebanyak 50%.


Manakala M2 menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang apabila berjaya
memperoleh 90% semasa ujian pasca dengan peningkatan sebanyak 70%. Analisis
tahap penguasaan terhadap masalah yang dihadapi oleh peserta kajian ditunjukkan
dalam graf perbandingan markah bagi ujian pra dan pasca. Berdasarkan graf tersebut,
dapat dilihat bahawa semua peserta kajian berjaya memperoleh peningkatan markah
yang tinggi selepas sesi intervensi dilaksanakan. Keputusan ini membuktikan bahawa
intervensi KoDi dapat meningkatkan tahap penguasaan penggunaan /di/ sebagai kata
sendi nama dan imbuhan awalan dalam kalangan murid Tahun 4. Hal ini sekali gus
menjawab persoalan kajian satu dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

Free download pdf