kerana model pembelajaran tersebut akan dilaksanakan mengikut aktiviti belajar
sambil bermain. Menurut Caplan ( 1973 ), main sebagai penentu penting bagi
perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan
intelek. Memandangkan kad bergambar merupakan model inovasi berkualiti dan
dikesahkan tahap kefungsiannya, wajarlah diaplikasikan bagi meninjau
keberkesanannya dalam topik simpulan bahasa.
Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat
keberkesanan penggunaan kad imbasan bergambar dalam meningkatkan kemahiran
mengingat simpulan bahasa. Terdapat dua objektif yang ingin dicapai menerusi kajian
ini:
- Meningkatkan pencapaian murid dalam simpulan bahasa menggunakan kad
bergambar. - Mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan kad bergambar
sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan penguasaan simpulan
bahasa.
Persoalan Kajian
Daripada objektif yang diwujudkan maka persoalan kajian yang dikenal pasti adalah:
a) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian murid sebelum dan selepas
penggunaan kad bergambar?
b) Apakah persepsi murid terhadap penggunaan kad bergambar dalam proses
PdPc simpulan bahasa?
TINJAUAN LITERATUR
Kajian ini dijalankan bagi menangani kemelut rentetan topik simpulan bahasa
terutamanya dalam kalangan orang muda yang kian mencanak daripada terus
membobrok. Mengikut statistik Nor Hashimah, Junaini (2010), hasil pencerapan data
menunjukkan bahawa penguasaan peribahasa dalam kalangan remaja Melayu
berhubung soalan yang dikemukakan juga rendah, iaitu 46.2% (390) remaja Melayu
berada pada tahap tidak memuaskan. Jadi, pengkaji mengambil langkah untuk
menginovasikan kaedah menggunakan kad bergambar beserta aktiviti bermain sambil
belajar untuk memastikan perjalanan PdPc berkesan dan berkualiti. Ridzuan (2017)