Pengkaji telah menggunakan empat instrumen dalam kajian ini iaitu pemerhatian, soal
selidik, temubual dan analisis dokumen. Keempat-empat instrumen ini digunakan bagi
mengukur minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua peserta kajian dalam
bidang yang dikaji iaitu kemahiran menulis karangan fakta dan draf karangan.
Pemerhatian
Pemerhatian pertama menunjukkan perbandingan pemerhatian pemahaman murid
terhadap kemahiran menulis karangan fakta melalui hasil kerja murid sebelum
menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P dan selepas menggunakan Teknik Tapak Kiri
5P. Pada peringkat pemerhatian terhadap pemahaman murid, pengkaji mendapati
beberapa perbezaan sebelum dan selepas penggunaan Teknik Tapak Kiri 5P dalam
penghasilan karangan.
Pemarkahan1 2 3 4
Sangat tidak
memahamiSangat tidak
mengasaiTidak
memahamiTidak
menguasaiMemahami
MenguasaiSangat
memahamiSangat
menguasaiTajuk
KaranganTeknik Tapak
Kiri 5PPemahaman PenguasaanKebaikan
Telefon Pintar/ 1 3x 2 4Jadual Keseluruhan pemerhatianAnalisis Dokumen
Pada peringkat analisis data melalui kaedah analisis dokumen, kedua-dua peserta
dinilai dan dianalisis. Pemarkahan yang diberikan adalah berpandukan rubrik
pemarkahan karangan tidak berformat bagi Bahasa Melayu Tahap 2. Ujian Pra dan
Ujian Pos yang digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini disediakan berdasarkan
perbincangan bersama guru Bahasa Melayu Tahun 5 dan juga berpandukan rujukan