KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Rajah 3: Carta Bar Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Berdasarkan Jadual 2 di atas, PK memperoleh tiga markah daripada sepuluh pada ujian pra
yang telah dijalankan. Meneliti ayat yang dibina oleh PK, terdapat tiga daripada lima ayat
mendapat satu markah sementara dua daripadanya lagi kosong markah. Ringkasnya pada
hasil ujian pra ini, PK telah melakukan banyak kesalahan bagi penggunaan huruf besar
dalam ayat dan tanda noktah. Namun, pada hasil ujian pos, PK memperoleh sepuluh
daripada sepuluh markah iaitu tahap pencapaian yang cemerlang. Dalam kelima-lima ayat
yang telah dibina, PK tidak lagi melakukan kesalahan bagi penggunaan huruf besar dalam
ayat dan tanda noktah dalam ayat. Kemudian, berdasarkan Rajah 3 pula membuktikan
bahawa hasil daripada kedua-dua ujian pra dan ujian pos telah menunjukkan berlaku
perbezaan yang ketara terhadap pencapaian PK dalam penggunaan huruf besar dalam ayat
pada permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan tanda noktah pada akhir ayat.
Kesimpulannya, penggunaan Pembaris HbKnkN dalam intervensi dan latihan yang
dijalankan selepas ujian pra mempunyai keberkesanan dalam membantu PK menggunakan
huruf besar dalam ayat dan tanda noktah dengan betul.


REFLEKSI
Berdasarkan kajian yang telah pengkaji laksanakan, boleh disimpulkan bahawa
penggunaan Pembaris HbKnkN mempunyai keberkesanan yang memuaskan kerana
mampu meningkatkan penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah dalam
terhadap PK. Perkara ini jelas dibuktikan melalui dapatan kajian yang dianalisis dalam ujian
pra dan ujian pos. Dari sini, pengkaji dapat melihat perubahan secara berperingkat terhadap


0

2

4

6

8

10

12

PK

Markah

Peserta Kajian
Ujian Pra Ujian Pos
Free download pdf