DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini mengandungi keputusan yang diperoleh daripada data-data yang telah
dianalisis melalui tiga instrumen pengumpulan data iaitu ujian, pemerhatian dan analisis
dokumen.
Ujian
Rajah 1 Perbezaan Markah Peserta Kajian Ujian Pra dan Pos
Dalam bahagian analisis data ujian, pengkaji membincangkan berkaitan dengan
markah dan perbezaan markah bagi ujian pra dan pos. Ujian ini dianalisis untuk
mendapatkan data mengenai tahap kemahiran membina ayat gramatis peserta kajian
sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan,
jelas menunjukkan peningkatan ketara bagi markah keempat-empat peserta kajian
semakin meningkat. Rata-rata peserta kajian memperoleh markah dalam lingkungan
80%-90% yang menunjukkan peningkatan sebanyak 3%-5% untuk setiap peserta
kajian. Melalui data-data yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pos, ini
menunjukkan bahawa setiap peserta kajian mempunyai peningkatan yang ketara
dalam kemahiran membina ayat gramatis dengan penggunaan intervensi kaedah
Burger Ayat PDOT. Justeru, keempat-empat peserta telah memberikan respon yang
baik dan berjaya menguasai kemahiran membina ayat. Oleh itu, dapat dikatakan
bahawa, penggunaan kaedah Burger Ayat PDOT dapat membantu peserta kajian
meningkatkan kemahiran membina ayat gramatis dalam kemahiran menulis bahasa
Melayu.
0%
20%
40%
60%
80%
100%
PK A PK B PK C PK D
Perbezaan Markah Peserta Kajian Ujian Pra
dan Pos
PRA POS