KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Jadual 1: DSKP Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Tahun 2


Standard Kandungan Standard Pembelajaran
3.1 Asas menulis 3.1.1 Menulis secara mekanis;
(i) perkataan
(ii) ayat
(iii) perenggan
(iv) petikan


Berdasarkan DSKP 3.1 Standard Pembelajaran Asas Menulis dan Standard
Pembelajaran 3.1.1 Menulis secara mekanis (iii) perenggan. pengkaji telah
mengenalpasti kelemahan yang berlaku ke atas murid terhadap kemahiran menulis
perenggan secara mekanis. Pengkaji melaksanakan sesi PdP kemahiran menulis
karangan dan mengesan beberapa masalah serta isu penulisan iaitu murid tahun 2
tidak dapat memahami konsep perenggan dengan tepat. Murid menulis tidak
mengikut format penulisan perenggan dan cenderung menulis perenggan dalam
bentuk ayat demi ayat pada setiap baris seperti latihan membina ayat tunggal
sedangkan penulisan perenggan yang betul adalah dengan menggabungkan ayat-
ayat sehingga membentuk satu perenggan. Murid juga menulis perenggan dengan
jarak terlalu jauh dari garisan tepi buku tulis. Murid juga didapati tidak menyambung
ayat-ayat menjadi satu perenggan. Hal ini menunjukkan bahawa murid tahun 2 telah
terbiasa dengan menulis ayat semasa berada pada tahun satu dan belum
memahami konsep menulis perenggan dalam karangan secara mekanis dengan
betul.


Jadual 2: Masalah menulis perenggan yang dikenal pasti


Bil Masalah yang dikenal pasti.
1 Murid menulis perenggan seperti latihan membina ayat tunggal.
2 Murid tidak melakukan penjarakan pada permulaan perenggan.
3 Murid menulis tidak memenuhi ruang pada baris.
4 Murid tidak menyambung ayat seterusnya dalam satu perenggan.
5 Murid menulis karangan berperenggan di tengah buku tulis.
Free download pdf