Berdasarkan daripada analisis catatan pemerhatian nota lapangan yang dibuat
pada jadual 6.2.1, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian menunjukkan minat
terhadap penggunaan teknik sipaBaCK untuk digunakan semasa mengembangkan
isi karangan jenis fakta. Ini dapat dilihat menerusi beberapa contoh yang signifikan,
Misalnya perlakuan Murid A dapat memahami dengan cepat teknik yang
diperkenalkan lalu memanfaatkannya untuk mengembangkan isi karangan jenis
fakta. Murid A dilihat menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menguasai
kemahiran menulis karangan dengan cemerlang. Perkara ini juga boleh dilihat pada
tindakan Murid B yang kerap bertanya untuk memahami teknik sipaBaCK. Namun,
perkara ini berbeza dengan tindakan Murid C yang berkerut dan tidak memahami
cara pengaplikasian teknik sipaBaCK. Walaupun begitu, Murid C akan cuba meminta
bantuan untuk menerangkan aspek yang terdapat dalam teknik tersebut. Setelah
intervensi selesai dijalankan, Minat terhadap kemahiran mengembangkan isi
karangan dapat dilihat pada tindakan Murid E yang fokus kerana tidak melayan
gangguan rakan-rakan lain semasa cuba memahami dan menggunakan teknik
sipaBaCK menunjukkan mereka memberikan perhatian yang penuh semasa
menulis.
Dapatan Melalui Soal Selidik
Pengkaji telah membuat analisis sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Jadual 5.3.1
Borang Soal Selidik
BIL PENYATAAN YA TIDAK
1 Saya suka mata pelajaran Bahasa Melayu.
2 Saya suka menulis karangan jenis fakta.
3 Saya dapat menulis huraian dengan baik.
4 Saya dapat memberikan contoh yang relevan.
5 Saya dapat merumuskan isi karangan.