kajian ke atas keempat-empat murid dalam meningkatkan penguasaan penggunaan
huruf besar dan tanda noktah, pengkaji telah menggunakan kaedah yang berbentuk
kualitatif seperti pemerhatian dan juga analisis dokumen.
Manakala, pendekatan kuantitif pula merupakan kaedah penyelidikan yang
dikaitkan dengan data berangka yang bersifat ketepatan. Data yang diambil dalam
pendekatan ini dianalisis dengan ujian statistik dan masalah kajian yang dinyatakan
dalam bentuk hipotesis (Chua, 2006). Pengkaji juga akan menggunakan borang soal
selidik untuk mendapatkan data mengenai sebelum dan selepas murid
menggunakan origami KeKuNa. Di samping itu, pengkaji menjalankan ujian pra dan
ujian pos dalam pendekatan kuantitatif untuk menilai dan melihat keberkesanan
penggunaan origami KeKuNa dalam meningkatkan penguasaan penggunaan huruf
besar pada pangkal ayat dan tanda noktah pada penghujung ayat.
Dapatan dan Perbincangan
Dapatan Melalui Perbandingan Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Kedua-dua ujian ini adalah sama iaitu pengkaji meminta murid untuk membuat
aktiviti menulis secara imlak berdasarkan petikan teks yang dibaca oleh guru.
Perbezaan pencapaian markah yang dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pos
yang telah dilaksanakan, dapat menunjukkan kemajuan dan pencapaian keempat-
empat murid. Dengan perbezaan markah antara kedua-dua ujian ini, ianya dapat
memberi gambaran dan bukti keberkesanan proses intervensi yang dilaksanakan
bersama subjek kajian melalui penggunaan origami KeKuNa yang telah
diperkenalkan. Jadual 7.1.3 (a) menunjukkan perbandingan skor markah ujian pra
dan ujian pos subjek kajian.
Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan Skor
Skor Markah Skor Markah Markah^
P1 1/8 8/8 7
P2 3/8 8/8 5
P3 1/8 8/8 7
P4 3/8 8/8 5
Jadual 7.1.3 (a): Perbandingan Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pos