KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Bagi menilai perlakuan murid pula, soalan kelima iaitu perbezaan 20
peratus murid memberi perhatian semasa guru mengajar pada soal selidik 1
dan 2. Ini menunjukkan bahawa murid sememangnya memberi perhatian
semasa mengajar. Bagi soalan keenam dan ketujuh pula, sebanyak 100
SHUDWXV PXULG PHQMDZDE ³WLGDN ́ bagi borang soal selidik 1 iaitu pengajaran
pengkaji yang tidak menarik dan penerangan pengkaji yang tidak jelas. Namun,
apabila pengkaji menggunakan bbm, pengajaran pengkaji lebih menarik dan
penerangannya lebih mudah difahami. Berdasarkan soal selidik dan
pemerhatian ini, dapat disimpulkan bahawa persoalan dan objektif telah dapat
dicapai sebagaimana ditetapkan dalam objektif di atas iaitu murid dapat
meningkatkan kemahiran mereka dalam membina ayat tunggal perluasan
menggunakan Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA.


KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Daripada hasil dapatan kajian yang dijalankan, dapat dirumuskan
bahawa penguasaan murid-murid dalam perluasan ayat tunggal menunjukkan
peningkatan yang ketara. Meskipun murid tidak memperolehi markah yang
penuh, namun markah yang diperolehi telah menunjukkan keberkesanan
teknik Pembaris Ilmu SAS- PREMBIBA. Hal ini demikian kerana terdapat bukti
yang jelas berkaitan dengan percapaian murid sebelum dan selepas teknik ini
dilaksanakan. Bukti ini disokong oleh dapatan data seperti ujian pra dan pos,
analisis lembaran kerja, analisis pemerhatian, dan juga borang soal selidik yang
dijalankan terhadap lima orang murid. Setelah tindakan dilaksanakan secara
berperingkat, murid yang terlibat telah menunjukkan peningkatan yang positif
dalam menguasai konsep perluasan ayat tunggal.
Teknik pembaris ini ditadbir kepada murid ini berjaya membantu dan
meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat tunggal yang
mengaplikasikan konsep perluasan. Hal ini dapat dibuktikan melalui
pemerhatian dan hasil dapatan borang soal selidik sebelum dan selepas
langkah tindakan dilaksanakan. Kedua-dua jenis pengumpulan data ini
menunjukkan tahap penguasaan murid dalam membina ayat tunggal yang
mengaplikasikan konsep perluasan dengan betul.

Free download pdf