KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Graf 5.2 Perbezaaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Graf di atas menunjukkan perbandingan ujian pra dan pos bagi penulisan
karangan murid. Kesemua responden berada pada tahap yang berbeza iaitu lemah
dan sederhana. Murid A dalam golongan yang sederhana dengan permulaan ujian
pra dengan 52%. Manakala murid B lebih maju daripada murid B dan CBanyak
perbezaan markah yang diperoleh oleh murid A, B dan C. Data yang diperoleh
melalui kaedah pengumpulan dan instrumen yang digunakan perlu dianalisis dan
dibuat pentafsiran ke atasnya. Bukti-bukti daripada responden akan direkodkan
berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan.


Objektif kajian yang kedua juga dapat dicapai dengan melihat kepada analisis
ujian pra dan pos yang dihasilkan. Ketiga-tiga peserta kajian berjaya
mengembangkan tiga isi utama dalam penulisan karangan dengan menggunakan
teknik PWIHHCO dengan betul


REFLEKSI
Berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan, pengkaji yakin bahawa teknik
PWIHHCO yang diaplikasikan sangat membantu pembelajaran murid. Meskipun
peserta kajian dilihat sedikit, namun pengkaji lebih mementingkan kualiti berbanding
kuantiti. Apabila peserta kajian sedikit, pengkaji dapat mengfokuskan dengan lebih
mendalam keberkesanan teknik tersebut. Selain itu, Bahan Bantu Mengajar yang
dihasilkan sudah baik namun lebih menarik jika diubahsuai dengan lebih cantik.
Bahkan peserta kajian dapat memperkukuhkan lagi ingatan mengenai akronim
PWIHHCO. Hal ini sesuai dengan matlamat pengkaji yang menginginkan mereka
memahami teknik yang diperkenalkan.


0

20

40

60

80

100

A B C

Perbezaaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

UJIAN PRA UJIAN POS
Free download pdf