IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
38

digalakkan untuk membangunkan kemahiran menyusun dan merekod pembelajaran sains
sendiri secara terperinci dengan bimbingan guru.


Berdasarkan penerangan di atas, anda perlu meneliti semula: Apakah isi kandungan yang perlu
ada dalam sesebuah buku nota sains? Bagaimanakah format buku nota sains?


Amalan sains


Berkomunikasi tentang maklumat: Sains tidak akan berkembang sekiranya saintis tidak dapat
berkomunikasi tentang dapatan kajian mereka secara jelas dan menyakinkan atau tidak dapat
mempelajari dapatan kajian orang lain. Salah satu amalan sains adalah berkomunikasi tentang
idea dan dapatan inkuiri. Berkomunikasi tentang maklumat komunikasi, bukti dan idea boleh
dilakukan melalui pelbagai cara: menggunakan jadual, rajah, graf, model, paparan secara
interaktif, persamaan serta secara lisan, penulisan dan diskusi (NGSS Lead States, 2013).


Ringkasan aktiviti


Peserta membincangkan manfaat buku nota sains terhadap murid dan guru. Maklumat dan idea
kumpulan dicatatkan dalam bentuk yang pelbagai (seperti secara lisan, grafik, teks dan
matematik). Selain itu, peserta dikehendaki mencadangkan format buku nota sains (organisasi
dan komponen) yang sesuai untuk sekolah rendah (Tahap 1 & 2) dan sekolah menengah di
Malaysia. Peserta akan membentangkan format yang dicadangkan dengan justifikasi. Seluruh
kelas terlibat dalam penghujahan untuk menambah baik format tersebut.


Selepas aktiviti, fasilitator membentangkan cadangan komponen buku nota sains menggunakan
satu contoh aktiviti penyiasatan. Peserta turut diperkenalkan penilaian buku nota sains
menggunakan Alat untuk Meningkatkan Inkuiri dalam Pendidikan Sains.


Objektif


Di akhir slot ini, peserta dapat:



  1. Memahami kepentingan buku nota sains.

  2. Menjelaskan manfaat buku nota sains kepada murid dan guru.

  3. Menjana idea tentang format buku nota sains bagi murid Tahap 1, Tahap 2 dan sekolah
    menengah.

  4. Menyampaikan maklumat atau idea dalam pelbagai format (seperti secara lisan, grafik,
    teks, matematik).


Alat dan bahan: Bahan sebaran untuk setiap peserta (Lampiran S3-1 hingga S3-3), slaid
PowerPoint


Masa: 2 jam

Free download pdf