IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
41

Contoh manfaat kepada murid:



  1. Dokumentasi: Rekod yang teratur
    Sains memberikan pengalaman autentik kepada murid untuk membangunkan kemahiran
    dokumentasi. Murid digalakkan menyimpan buku nota sains secara teratur dan belajar
    untuk berkomunikasi tentang idea atau pemikiran mereka. Murid mendokumentasikan
    pengalaman, data, dan idea atau pemikiran mereka sepanjang penyiasatan. Murid membina
    jadual, graf, carta, lakaran, dan ilustrasi berlabel untuk mewakili dan memaparkan data.
    Apabila murid menjadi lebih cekap dalam menyediakan buku nota, dokumentasi atau
    rekod mereka akan menjadi lebih teratur.

  2. Dokumen rujukan
    Apabila data dipaparkan dengan cara yang sesuai, murid dapat mentaksirkannya dengan
    lebih berkesan. Buku nota yang disimpan dengan baik adalah dokumen rujukan yang
    berguna. Apabila murid lupa akan sesuatu maklumat yang telah dipelajari, mereka dapat
    mencari maklumat tersebut dalam buku nota. Perbincangan mengenai sains dalam
    kalangan murid, atau antara murid dan guru akan lebih bermakna apabila disokong oleh
    rekod autentik dalam buku nota. Soalan dan idea yang dijana dalam eksperimen atau
    perbincangan dapat dicatat untuk penyiasatan masa depan.

  3. Berkomunikasi tentang maklumat dan idea
    Penyediaan buku nota sains memberi peluang kepada murid berkomunikasi tentang data,
    maklumat, idea atau pemikiran mereka menggunakan pelbagai cara seperti jadual, diagram,
    graf, model, dan persamaan serta dalam teks. Saintis dan jurutera mesti dapat
    berkomunikasi tentang idea, penemuan, penyelesaian dan lain-lain dengan jelas dan
    meyakinkan.

  4. Minds-on: Penglibatan kognitif
    Setelah data direkodkan dan disusun dengan cekap dalam buku nota sains, murid dapat
    mentaksir data (seperti mengenal pasti ciri dan pola signifikan dalam data, mengenal pasti
    hubungan linear dan tak linear) dan membuat kesimpulan.


Contoh manfaat kepada guru:



  1. Pentaksiran
    Kandungan dalam buku nota sains dihasilkan oleh murid. Ia memberikan maklumat
    tentang pembelajaran seseorang murid tersebut. Guru boleh mentaksir kemahiran (seperti
    kemahiran menggunakan lakaran/carta/jadual/graf untuk merekod data), pemahaman atau
    miskonsepsi murid dan sebagainya. Pada masa-masa tertentu, guru boleh mengumpulkan
    buku nota dan menyemaknya dengan lebih terperinci. Paparan data dan hasil analisis data
    memberikan maklumat tentang kualiti pembelajaran seseorang murid. Buku nota tidak
    harus diberi gred. Walau bagaimanapun, buku nota boleh dianggap sebagai salah satu
    komponen yang menunjukkan prestasi keseluruhan murid dalam sains.

  2. Sebagai medium untuk memberi maklum balas
    Buku nota sains merupakan satu medium yang sangat baik untuk memberikan maklum
    balas kepada murid tentang hasil kerja dan pencapaian mereka. Murid dapat membaca
    komen atau maklum balas guru yang ditulis pada nota pelekat bagi menambah baik
    pencapaian atau hasil kerja mereka. Sesetengah murid mungkin memerlukan maklum
    balas lisan secara individu atau dalam kumpulan kecil. Maklum balas yang diberi oleh

Free download pdf