IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
32

(c) Dinosaur dipercayai pupus kira-kira 65 juta tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun, para saintis tidak mempunyai persetujuan tentang apa yang
menyebabkan ini berlaku, iaitu mereka mempunyai kesimpulan yang berbeza tentang
bagaimana dan mengapa dinosaur pupus. Mengapakah kesimpulan yang berbeza ini boleh
berlaku sedangkan para saintis mengakses dan menggunakan data yang sama?

Perbincangan: Inferens dan kreativiti manusia berperanan dalam membangunkan penjelasan
dan model saintifik berdasarkan data yang diperoleh – Para saintis mempunyai interpretasi
yang berbeza terhadap data disebabkan perbezaan pengetahuan sedia ada dan pengalaman
(iaitu, subjektiviti).


  1. Peserta menghuraikan teori dan hukum saintifik. Bagaimanakah teori dan hukum saintifik
    dibangunkan?


Penilaian dan refleksi


Pra aktiviti



  1. Apakah yang terbayang dalam fikiran anda apabila mendengar istilah sains?

  2. Apakah kerja sebenar seorang saintis? Apakah yang akan anda jelaskan jika murid anda
    bertanya, "Apakah sains?" atau "Bagaimanakah seorang saintis bekerja?"

  3. Cuba anda fikirkan satu kemahiran penting yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan
    saintifik. Adakah istilah "pemerhatian" terlintas dalam fikiran anda? Ini adalah istilah yang
    kerap anda dengar. Apakah definisi anda mengenai pemerhatian?


Pasca aktiviti


  1. Jawab semula dua soalan dalam Lampiran S2-1.

  2. Adakah anda masih beranggapan sains hanya melibatkan eksperimen? Adakah anda
    beranggapan sains sebagai konsep dan istilah yang mesti dihafal oleh pelajar? Adakah anda
    melihat sains sebagai satu urutan langkah tetap (a fixed sequence of steps) yang digunakan
    para saintis dan pelajar untuk menjalankan eksperimen?

  3. Bagaimanakah anda akan mengajar nature of science dalam bilik darjah?

  4. Apakah cabaran yang dijangka dalam PdP nature of science?


Lampiran


Lampiran S2-1: Doing Science (Keeley, Eberle & Dorsey, 2008)
Lampiran S2-2: Trick Tracks 1
Lampiran S2-3: Tricky Tracks Recording Sheet
Lampiran S2-4: Trick Tracks 2
Lampiran S2-5: Trick Tracks 3
Lampiran S2-6: Tricky Tracks Conclusion
Lampiran S2-7: Tricky Tracks Conclusion Questions

Free download pdf