IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

  • Penilaian terhadap lakaran dan model
    pemasak solar yang dibina

  • Penilaian terhadap pembentangan,
    perbincangan dan jawapan bertulis murid


PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN (Plan Learning Experiences)

Aktiviti Pembelajaran Berdasarkan Model Instruksi 5E


Engage (Penglibatan)



  1. Guru menunjukkan video tentang kaedah pengaliran haba dan penyerapan dan pembebasan
    haba.

  2. Beberapa soalan telah dikemukakan oleh guru untuk merangsang dan mencetuskan
    pengetahuan sedia ada dalam kalangan murid dengan topik yang akan dipelajari. Murid
    juga digalakkan untuk membincangkan idea sedia ada mereka. Guru membimbing untuk
    meningkatkan rasa ingin tahu daripada cerita dalam klip video.


Explore (Penerokaan)



  1. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Mereka dibimbing oleh guru untuk membincangkan
    masalah yang ingin dikaji. Mereka berbincang dan mengenal pasti masalah yang boleh
    dikaji (investigable problem).

  2. Murid merancang penyiasatan, membuat catatan dan penulisan terhadap hasil perbincanga.

  3. Setiap kumpulan diminta menghasilkan lakaran asas model yang boleh berfungsi sebagai
    pemasak solar dengan bahan-bahan yang disediakan.

  4. Murid membina model pemasak solar dalam kumpulan masing-masing berdasarkan lakaran
    dan hasil perbincangan mereka.

  5. Murid menguji model pemasak solar dengan meletakkan telur mentah di dalam model
    pemasak telur. Model mereka dijemur di bawah matahari.

  6. Mereka membuat pemerhatian setiap 30 minit selama 1 jam, menyemak model pemasak
    solar mereka, membuat catatan terhadap pemerhatian mereka.


Guru membimbing murid untuk membincangkan:
a. Bentuk model yang boleh dibina
b. Penggunaan bahan sedia ada dalam kehidupan harian seperti kotak kertas
c. Cara-cara memastikan kebersihan telur yang dimasak dengan pemasak solar
d. Pemilihan bahan yang paling sesuai digunakan sebagai permukaan luar dan permukaan
dalam pemanas solar
e. Pemilihan warna apa yang paling sesuai untuk permukaan luar dan permukaan dalam


Explain (Penerangan)



  1. Murid berbincang pemerhatian mereka dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.

Free download pdf