mata Hajah Asadah memujuk anak kesayangannya itu. “Itulah kau, Dayang. Kau
jahat pada suami kau. Tengok, dia sudah lari!”
“Mana ada, mak. Tiap malam abang Setia sayang Dayang. Tiap malam Setia
memetik gambus untuk Dayang. Mustahil dia merajuk dan lari, mak!” Dayang
meraung bagai orang hilang akal. Haji Rafi hanya menundukkan wajah. Pelik
memang pelik. Tiada angin, tiada ribut, mengapa Setia lari. Perusahaan
gambusnya semakin laris. Dilihatnya anak menantunya itu sudah hidup berkasih
sayang. Memang menghairankan.
Beberapa bulan kemudian, perut Dayang jelas membukit. Dayang sudah
mengandung. Setiap hari dia menangis menunggu suaminya pulang. “Jangan
kau menangis masa mengandung, Dayang. Nanti anakmu tidak kuat hatinya.
Sabarlah. Itu ada gambus Setia, kau petiklah dan berlagulah. Senangkan
hatimu, nak...” nasihat Hajah Asadah.
Dengan linangan air mata Dayang mula memetik gambus. Susah rupanya
memetik gambus. Haji Rafi mendekati anak perempuannya itu lalu mengajar
Dayang memetik gambus. Gambus tiga tali itu memang sukar di pelajari. Tapi
Dayang kuatkan hati. Lagu Hatiku Di Hatimu kegemaran suaminya dialunkan.
Terasa damai hatinya. Terasa tenang jiwanya. Terasa sayu perasaannya.
Berlinangan air matanya. Perutnya yang sedang membesar diusap-usap. Abang
pulanglah. Anak abang semakin besar. Pulanglah abang demi anak kita. Dayang
menangis lalu tertidur sambil memeluk gambus suaminya. Begitulah
kelakuannya setiap hari. Gambus itu menjadi peneman dirinya. Pengubat rindu.
HAJI RAFI membeliakkan mata. Merah padam mukanya. “Kau memang gila,
Yajid! Dayang masih isteri Awang Setia. Kau tidak boleh berkahwin dengan
Dayang!” Bagai petir suara Haji Rafi mengamuk.
“Memanglah saya tidak boleh berkahwin dengan Dayang sekarang, Haji.
Selepas Dayang beranak, aku kahwin dengan dia. Tolonglah Haji. Dayang
adalah kekasih saya.”
“Pergi kau Yajid! Kau jangan cakap begitu lagi! Masa aku dipaksa kahwin,
kau hilang! Tiba-tiba kau muncul ni, kenapa!” Dayang pula mengamuk besar
apabila Yajid tiba-tiba muncul dan mahu berkahwin dengannya. Gila. Memang
gila.
“Begitu sekejap hati kau berubah, Dayang. Aku tidak sangka.” Yajid tunduk
muram. 23