MENINGKATKAN PENGUASAAN HURUF BESAR DAN TANDA NOKTAH
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 MENGGUNAKAN
TEKNIK ORIGAMI KEKUNA
NICKY BRADLEY TONY
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah
murid-murid yang sering melakukan kesalahan dalam memulakan binaan ayat
dengan huruf kecil. Kajian ini turut dijalankan untuk membantu murid-murid yang
sering tidak meletakkan tanda noktah pada penghujung binaan ayat mereka. Subjek
kajian ini terdiri daripada empat orang murid tahun 4 yang dikenalpasti sering
melakukan kesalahan menggunakan huruf kecil pada permulaan ayat dan tidak
menggunakan tanda noktah pada penghujung ayat. Data diperolehi melalui
beberapa instrumen kajian seperti ujian pra dan ujian pos, kaedah pemerhatian,
borang soal selidik dan analisis dokumen. Manakala, intervensi yang dilakukan ke
atas murid-murid tersebut adalah dengan menggunakan origami yang dinamakan
VHEDJDLμ.H.X1D¶ (Kenal Ikut Warna) untuk meminimumkan kesalahan murid-murid
dalam binaan ayat. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan origami
KeKuNa sangat membantu keempat-empat murid tersebut dalam memperbaiki
kesalahan kebiasaan mereka iaitu menggunakan ayat kecil pada permulaan ayat
dan tidak menggunakan tanda noktah pada penghujung ayat. Secara umumnya,
kajian ini dapat memudahkan tugas guru disamping mampu menimbulkan
keseronokan sambil belajar terhadap murid-murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) berlaku.