KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Pengenalan


Penguasaan Bahasa Melayu (BM) sebagai pembelajaran bahasa yang amat
penting dan juga dikategorikan dalam subjek wajib lulus semakin lama semakin
dianggap kurang penting sehingga disebut sebagai mata pelajaran yang tidak
menyeronokkan dalam kalangan murid di sekolah. Masalah yang berlaku sering kali
dikaitkan dengan teknik dan corak pengajaran guru yang masih berkonsepkan
tradisional dan tidak cukup dapat merangsang minat dan motivasi murid untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlangsung dalam bilik
darjah. Menurut Awang Sariyan (2004), dalam buku Teras Pendidikan Bahasa
Melayu, beliau menyatakan bahawa penghayatan pendidik BM dalam hal yang
berkaitan dengan soal-soal konseptual pendidikan bahasa dan pendidikan BM masih
kurang memuaskan.


Subjek BM masih lagi dianggap sukar oleh sesetengah murid sama ada atas
kerumitan hukum-hukum dan konsep bahasa itu sendiri atau disebabkan oleh teknik
3G3JXUX\DQJPDVLKNXUDQJHIHNWLI 3URI'DWR¶'U Mohamed Asin, 2007). Terdapat
beberapa kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh seseorang murid iaitu
kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, seni
bahasa dan tatabahasa. Oleh yang demikian, penguasaan murid terhadap
kemahiran-kemahiran ini amat bergantung kepada keupayaan dan kreativiti guru
dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping
berusaha dalam menyelesaikan apa pun masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
murid.


Namun demikian, penguasaan kemahiran-kemahiran dalam subjek BM bukanlah
sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Dengan persediaan dan pengetahuan
yang mendalam terhadap strategi dan pendekatan yang sesuai dengan minat murid,
dapat dijadikan sebagai langkah yang paling bijak. Melalui pelaksanaan kajian
tindakan ini, pengkaji ingin mencuba sejauh mana pendekatan menggunakan
origami kekuna dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis dalam
kalangan murid yang menghadapi masalah dalam menggunakan huruf kecil pada
permulaan dan tidak meletakkan tanda noktah pada penghujung binaan ayat. Hal ini
kerana, kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang amat penting untuk
dikuasai dalam subjek BM. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2012) dalam buku
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, menulis merupakan satu proses untuk
menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan. Justeru,
guru pelatih berharap agar pelaksanaan kajian tindakan ini dapat membantu kelima-

Free download pdf