KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

SOALAN KAJIAN


i. Adakah jadual ISBAMIP dapat membantu murid tahun 5 meningkatkan
kemahiran menulis karangan dan mengembangkan idea?
ii. Adakah murid tahun 5 dapat menguasai teknik Jadual ISBAMIP untuk
mengembangkan idea dalam penulisan karangan?
PESERTA KAJIAN


Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai empat orang murid
daripada 19 murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah kebangsaan daerah Tuaran.
Kumpulan sasaran ini terdiri daripada tiga orang murid perempuan dan satu orang
murid lelaki yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza.


TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Pengkaji memilih Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) sebagai panduan kepada
penyelidikan yang dijalankan.


Perancangan ‡ Merancang tindakan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid
‡ Merancang objektif yang sesuai dengan masalah yang
dihadapi.
‡ Menyediakan soalan kajian berdasarkan objektif.
‡ Merancang pengumpulan data.


Tindakan ‡ Menjalankan ujian pra
‡ Menjalankan intervensi jadual ISBAMIP yang telah dirancang.
‡ Menjalankan ujian pos


Pemerhatian ‡ Merekod hasil pemerhatian semasa ujian pra dan ujian pos
‡ Menganalisis data yang telah dikumpul.


Refleksi ‡ Melihat keberhasilan tindakan yang dijalankan
‡ Ulang tindakan jika perlu


Jadual 1: Langkah Pelaksanaan Tindakan
Free download pdf