PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan proses PdP bagi matapelajaran bahasa Melayu yang telah
disampaikan oleh pengkaji semasa menjalankan praktikum di salah sebuah
sekolah di Kuala Berang. Pengkaji telah menghadapi masalah apabila murid tidak
dapat menguasai kemahiran perluasan ayat tunggal. Murid tidak dapat perluaskan
ayat tunggal dengan betul dan gramatis. Murid hanya menghasilkan ayat yang
pendek dan terhad. Murid juga banyak bergantung idea daripada bimbingan guru
dan tidak menggunakan kemahiran berfikir sehingga membuat ayat yang dibina
menjadi pendek dan tidak lengkap. Mereka menggunakan semula idea yang
diberikan oleh guru semasa mengajar tanpa mengeluarkan buah fikiran sendiri.
Meskipun telah diberi teguran dan peringatan, namun murid masih melakukan
kesalahan yang sama. Berdasarkan masalah yang muncul ini, pengkaji
dapat menyimpulkan bahawa murid sememangnya tidak mahir dan lemah
dalam kemahiran perluasan terutamanya ayat tunggal. Oleh yang demikian,
pengkaji memerlukan teknik yang bersesuaian untuk membantu murid belajar di
samping menggunakan cara yang lebih seronok agar murid tidak mudah lupa
akan penggunaan kata kunci dalam perluasan ayat tunggal. Oleh yang
demikian, teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA menggunakan warna-warni
supaya dapat menarik minat dan memudahkan mereka
menghafal kata kunci dan teknik.
OBJEKTIF KAJIAN
3.1.1 Membina ayat yang menepati konsep perluasan ayat tunggal
menggunakan Pembaris Ilmu SAS- PREMBIBA.
3.1.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat tunggal
menggunakan Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA.
PERSOALAN KAJIAN
Untuk mencapai objektif-objektif tentang kajian, pengkaji cuba menyenaraikan
beberapa persoalan kajian itu :
3.2.1 Bagaimanakah murid membina ayat yang menepati konsep
perluasan ayat tunggal menggunakan Pembaris Ilmu SAS-
PREMBIBA?
3.2.2 Adakah penggunaan Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA dapat
meningkatkan kemahiran penulisan ayat tunggal murid tahun
lima?