KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
FOKUS KAJIAN

Sekolah sememangnya menerapkan budaya berfikir di kalangan murid. Pada era ini,
murid malas menggunakan kemahiran berfikir mereka dan hanya menginginkan
jawapan daripada guru dan kawan-kawan. Sifat seperti ini akan membuat mereka
menjadi pasif, tidak inovatif dan statik di tempat yang sama.


Fokus kajian ini adalah untuk mengembangkan ayat dalam penulisan
karangan dalam kalangan murid Tahun 4. Berdasarkan pemenerhatian pengkaji,
murid lazimnya berasa bosan jika diberi tugasan berkaitan penulisan. Hal ini kerana
mereka ketiadaan idea dan tidak mahu berfikir. Isu ini bukan sahaja berlaku di
peringkat sekolah rendah malah ia juga berlaku di peringkat sekolah menengah.
Sedangkan penulisan karangan adalah penting sebagai satu kaedah untuk
meluahkan idea, pendapat, pandangan dan sebagainya, malahan ia turut digunakan
semasa di universiti kelak.


Semasa murid menyiapkan tugasan, pengkaji mendapati mereka banyak
meniru rakan mereka, menulis secara ala kadar dan terburu-buru ingin menyiapkan
tugasan. Pengkaji berpendapat murid ini tiada panduan untuk dijadikan rujukan
dalam penulisan karangan mereka. Adapun murid-murid ini hanya menyalin kembali
isi-isi penting dan menjadikan ayat itu tidak lengkap. Bukan itu sahaja, karangan
yang dihasilkan juga tidak mengikut format dan tiada perenggan. Ini tidak termasuk
tulisan yang tidak jelas seperti cakar ayam.


Oleh itu, pengkaji telah menghasilkan satu inovasi yang dikenali teknik PWIHHCO
bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan dengan kaedah
terancang dan sistematik. Teknik PWIHHCO merupakan salah satu alat bantu yang
dapat membantu menyelesaikan masalah murid dalam membina ayat karangan


OBJEKTIF KAJIAN


  1. Mengenal pasti keberkesanan Teknik PWIHHCO dalam kemahiran penulisan
    karangan.

  2. Mengembangkan tiga isi utama dalam penulisan karangan dengan
    menggunakan teknik PWIHHCO.


SOALAN KAJIAN
i. Apakah cara untuk mengenal pasti keberkesanan Teknik PWIHHCO dalam
kemahiran penulisan karangan?
Free download pdf