Merujuk kepada kegagalan mencapai peratusan yang dikehendaki, pengkaji
telah merombak dan mengubah suai kaedah yang dilihat antara penyumbang utama
kepada kegagalan penyelidikan ini. Pengkaji menyimpulkan bahawa responden
menghadapi kesukaran menggunakan kaedah ini untuk menulis kata nama terbitan
berimbuhan peN- dengan betul kerana tidak memahami konsep yang dibawa oleh
pengkaji. Sebagai penyelidik, pengkaji mengambil keputusan untuk merombak
secara keseluruhan kaedah Jadual Pemenggalan G.U.K ini dengan mencari kaedah
yang lebih mudah, ringkas dan sesuai dengan tahap pencapaian murid.
Setelah menemui kegagalan dalam penyelidikan, pengkaji telah membina
sebuah kerangka konsep yang berbentuk peta pemikiran jenis peta alir yang
disesuaikan daripada rajah i-Think. Kerangka ini digazetkan sebagai Peta Kaedah
G.U.K yang mengimplimentasikan kaedah gugur, ubah dan kekal dalam penulisan
kata nama terbitan berimbuhan peN- dalam bahasa Melayu.
Rombakan dan pengubahsuaian kaedah awal yang digunakan dahulu
mengambil kira beberapa elemen, antaranya memupuk kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dalam kalangan responden, tahap pencapaian responden, kegagalan
mencapai peratusan yang dikehendaki penyelidik dan kesukaran responden
memahami konsep pengguguran, perubahan dan pengekalan abjad pada sesuatu
kata.
DAPATAN KAJIAN
Bagi melihat keberkesanan Jadual Pemenggalan G.U.K yang telah didedahkan
kepada responden, perbandingan ujian pra dan ujian pos boleh dibuat. Tujuan utama
perbandingan ini dilakukan adalah untuk melihat perubahan amalan pembelajaran
responden sekali gus menjawab soalan kajian yang telah dinyatakan sebelum ini.
Berikut merupakan graf perbandingan bagi kedua-dua ujian.
Rajah 2 Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
1 2
3 3
6
1
(^342)
5
0
5
10
Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra Ujian Pos