KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Berdasarkan graf perbandingan di atas, berlaku peningkatan pencapaian
responden untuk skor gred B dan gred C. Jumlah responden yang memperoleh gred
A tidak berubah seperti ujian pra yang lalu. Manakala, jumlah responden yang
berjaya memperoleh gred B meningkat daripada 2 orang kepada 3 orang. Begitu
juga skor gred C, bilangan responden yang memperoleh gred C ini meningkat
daripada 3 kepada 5 orang. Bilangan responden yang menduduki kategori gred D
dan gred E dilihat sedikit menurun berbanding jumlah awal pada ujian pra yang lalu
dan ia merupakan penambahbaikan. Namun demikian, perkara ini dilihat masih
berada pada tahap yang kurang memberangsangkan kerana masih terdapat
responden yang memperoleh gred pencapaian lemah.


Rajah 3: Graf Perbandingan Markah Individu

Berdasarkan rajah di atas, hampir kesemua responden mengalami
perubahan pencapaian dalam penulisan kata nama terbitan berimbuhan peN-.
Beberapa orang responden yang berada dalam kelompok yang baik pada ujian pra,
dilihat mengalami kemerosotan pada ujian pos yang dijalankan. Seorang responden
yang dikategorikan sebagai cemerlang pada ujian pra yang lalu, mengalami
penurunan markah namun tidak mempengaruhi gred pencapaiannya iaitu R6.
Perhatikan juga markah yang diperoleh responden R10. Walaupun
responden ini berada dalam kelompok kategori sederhana, tetapi pencapaiannya
dalam ujian telah meningkat sebanyak 23% dari segi skor markah. Keadaan ini
menjelaskan bahawa responden mula dapat mengenal pasti jenis-jenis imbuhan
yang dikelompokkan dalam imbuhan peN- mengikut konteks pengimbuhan yang
betul.


45

65 57 70
30

100

(^101902215150)
(^565036)
70 60 76
42
92
(^223415)
45
(^222818)
58
40
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15
Ujian Pra Ujian Pos

Free download pdf